Muka UtamaBookmark this page now

Menu Utama

Gerbang Silat Melayu Malaysia

Silat Online

Ahli Silat Online

Siapa Kami?


Latar Belakang - Silat Online
Silat Online merupakan sebuah gerbang Silat Melayu yang dibangunkan atas kesedaran seorang anak muda yang cintakan budaya bangsa khususnya Silat Melayu. Beliau ingin memartabatkan dunia persilatan tanahair di mata dunia agar setanding dengan beladiri lain di dunia.

Beliau merasakan internet mampu merealisasikan impian tersebut kerana media ini amat luas penggunaanya dan ianya boleh diakses di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan geografi.

Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Hamdan Kerya. Beliau berharap gerbang ini akan membawa manfaat kepada perkembangan Silat Melayu Malaysia. Gerbang ini akan diperbaiki dari masa ke semasa agar lebih bermutu dan bermaklumat.

Sebagai langkah permulaan gerbang ini telah ditempatkan di alamat URL sementara iaitu di  http://silatonline.tripod.com sebelum dipindahkan ke 'domain'nya sendiri tidak berapa lama lagi.

Beberapa program dan rancangan telah diatur untuk memantapkan lagi penampilan gerbang web ini serta memperolehi dana yang mencukupi untuk meneruskan operasi gerbang web ini. Antaranya ialah dengan mewujudkan :

  • Program Niaga Silat Online 
  • Keahlian Silat Online
  • Pakej Web
  • Program Tajaan
  • Pengiklanan
  • Banner berbayar

Diharap pencinta Silat Melayu tanahair memberikan kerjasama dengan menyertai ruangan yang disediakan dan memberi komen dan pandangan yang berguna untuk memantapkan penampilan gerbang Silat Melayu ini.

Akhir kata 'Majulah Silat Warisan Bangsa".

Terima kasih.

Utama | Siapa Kami? | Misi | Hubungi | Pengiklanan | Penaja | Maklumbalas


Copyright © 2001 [ Hamdan Kerya ]. All rights reserved.
Akhir Kemaskini : 04/21/01